Isnin, 30 Ogos 2021

Respi Cendawan Goreng


Rahsia Cendawan Goreng Tepung Sedap, Elok Kejadiaanya, Tak Berminyak dan Ranggup..
Bahan:
  • Cendawan
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 4 sudu tepung bestari
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji telur
Cara:
  1. Cuci cendawan dan keringkan guna tisu dapur.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk.
  3. Sediakan bekas yang ada penutup, campur kesemua tepung tadi, garam dan serbuk lada hitam. Goncangkan.
  4. Panaskan minyak, minyak letak banyak sikit. Api jangan kuat sangat.
  5. Gaulkan cendawan dalam telur angkat dan golek-golek/goncangkan dalam tepung dan goreng.


Kredit : Norzaliza Eja




 

Jumaat, 28 Mei 2021

Kuih Sagu...Sedap

 



KUIH SAGU MATA IKAN
.Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)
.
Cara-cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan


Sabtu, 17 April 2021

5 TUGAS UTAMA PENTADBIR HARTA PUSAKA




Saya banyak berjumpa dengan kes salah faham orang yang dilantik menjadi Pentadbir harta pusaka si mati yang beranggapan setelah beliau dilantik, beliau mempunyai kuasa veto dan berhak ke atas harta si mati.

PENTABDIR bukanlah pemilik. Beliau hanyalah pengurus harta sahaja dan bertugas untuk menyerahkan harta atau bahagian harta kepada waris yang sah sahaja. Walaupun sekiranya pentadbir adalah waris si mati, pentadbir tidak boleh berpandangan beliau lebih layak dari waris yang lain.

Bahagian beliau adalah terhad kepada apa yang diperuntukkan oleh faraid bagi orang islam sekiranya beliau waris.

Tugas utama Pentadbir adalah:

1. Mengenal pasti semua waris si mati yang layak menerima harta si mati.

2. Mengenal pasti hutang piutang si mati dan membayarnya terlebih dahulu sebelum membahagikan bahagian setiap waris.

3. Mengumpulkan semua waris yang sah dan membuat pengisytiharan harta si mati dari segi jumlah wang peninggalan, jumlah harta peninggalan, cara pembahagian mengikut faraid/ samarata. Jika ada wasiat, membahagikannya mengikut wasiat tertakluk kepada persetujuan waris.

4. Menguruskan harta si mati untuk diserahkan kepada waris yang sah.

5. Membahagikan bahagian atau harta si mati kepada setiap waris.

Sebagai Pentadbir, semua urusan ini perlu dilakukan secara telus dan adil bagi mengelakkan penganiayaan kepada waris.

Pentadbir tiada kuasa untuk membuat keputusan mutlak dan kuasa veto. Setiap pembahagian mestilah dibuat secara adil dan saksama sesama waris.

Pentadbir tiada hak mengambil apa-apa upah atau bahagian dari harta si mati untuk dirinya sendiri melainkan setelah dipersetujui oleh semua waris. Perkara ini terpakai kepada semua orang sekalipun harta si mati itu adalah harta suami/isteri/ayah/ibu si pentadbir itu sendiri.

Jika pentadbir merasakan beliau telah melakukan kesilapan atau kesalahan semasa menguruskan harta si mati, maklumkan kepada semua waris dan perbetulkan kesilapan tersebut sesegera mungkin serta pohonlah keampunan dan taubat dari Allah.

Jika anda (bakal si mati) tidak ingin melihat waris-waris anda bergaduh sesama mereka di masa hadapan kerana tidak faham/ tidak tahu menguruskan harta peninggalan anda, buatlah pengurusan harta anda sekarang supaya nasib waris-waris seperti isteri/ suami/ anak-anak nanti terbela dan waris-waris anda akan bersyukur kerana anda bijak menjaga hak mereka.

kredit FB : Farid Ikhwan Nasution

Khamis, 14 Januari 2021

MAJLIS WALIMATULURUS

Majlis Perkahwinan anak perempuan Mohd Nasri ( Cu Mamat) telah diadakan di Kampung Kuala Lambar Lubuk Kulit Pada 02 Jan 2021. 

Pengantin NUR SHAHARA BINTI MOHD NASRI  dengan pasangan  AZMAN BIN AZIZ

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T majlis tersebut berjaya dilangsung dengan selamat. Terima Kasih yang berusaha, menyeri,  menjayakannya.

Bersama Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail- MB Pahang


Bersama Dato' Abd Fatah bin Abdullah Presiden Angkasa.






Rabu, 2 Disember 2020

Basiron Abdul Wahab meninggal dunia.

Basiron Abdul Wahab

Mantan wartawan Harakah Pahang, Allahyarham Basiron Abdul Wahab, 59, pergi menghadap Ilahi jam 12.30 tengah hari tadi dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Lipis.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan, kemudian disolatkan di Masjid Bukit Kepayang selepas solat Asar.

Allahyarham sebelum ini disahkan strok oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh pada 18 Febuari lalu dan kesihatannya semakin merosot hari demi hari.

Menurut keluarga terdekat, Rosliza Abdul Malik, 37, Allahyarham dimaklumkan hanya mampu menggerakkan sebelah tangan dan keadaan tersebut telah memberi kesan langsung kepada kondisi jantung Allahyarham.

Allahyarham pergi meninggalkan seorang balu, Siti Hajar Abdullah, 49, dan dua orang cahaya mata, Khairul Imran Basiron, 26 dan Nurul Syarena Basiron, 16.

Allahyarham telah berkhidmat dengan Harakah sejak 1996 dan menjadi wartawan Pahang yang giat menulis untuk pelbagai berita dan rencana. – HARAKAHDAILY 1/12 /2020

Kredit : Harakah


Sumber Radio Pahang

Jumaat, 20 November 2020

Al Qur'an 30 juz

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Rasullah SAW selalu meminta sahabatnya membaca al-Quran dan Baginda mendengar bacaan itu.



Ini link Alqur'an 30 juz tanpa harus download, tinggal  KLICK  saja. 

Sila disebarluaskan semoga menjadi amal jariyah bagi kita semua.. 

Khamis, 12 November 2020

Ringkasan Urusan Pusaka



RINGKASAN KAEDAH URUS PUSAKA ISLAM MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Pengenalan :

Di Malaysia, apabila si mati meninggal dunia, harta yg dimilikinya akan dibekukan sehinggalah selesai proses Tuntutan Pusaka. Perancangan Harta semasa Hidup oleh Si-Pemilik Harta seperti membuat wasiat, hibah atau meletakkan penama bagi hartanya dapat memendekkan masa pembekuan harta tersebut. Contohnya, walaupun nampak remeh, menamakan Penama utk wang simpanan di Tabung Haji atau KWSP dapat mempercepatkan proses pengeluaran duit tersebut selepas berlaku kematian.

Bagaimana Proses Pencairan Dapat dilakukan?

Selain menamakan Penama bagi Akaun-Akaun tertentu, waris-waris berhak atau saudara terdekat si mati perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada Pejabat Pusaka Kecil di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi Sivil berdasarkan nilaian harta pusaka yg ditinggalkan oleh Si-Mati. Tanpa Surat Kuasa tersebut, harta-Harta ini akan terus terbeku.

Jika tuntutan pusaka utk mendapatkan Surat Kuasa tersebut dilakukan di Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi Sivil, permohonan bagi mendapatkan Perintah Faraid atau Sijil Faraid hendaklah dilakukan juga di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah bergantung kepada nilaian harta. Perintah @ Sijil Faraid ini berfungsi bagi menentukan waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka Si-Mati mengikut bahagian-bahagian Faraid mereka.

Perintah @ Sijil Faraid tidak diperlukan bagi proses tuntutan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil kerana Pegawai-Pegawai di Pejabat tersebut adalah mereka yg mahir dalam Ilmu Faraid.

Apakah Perintah @ Sijil Faraid?

Perintah @ Sijil Faraid adalah satu dokumen rasmi yang mengandungi maklumat tentang waris-waris berhak dan bahagian Faraid mereka ke atas harta pusaka Si-Mati.

Sebelum mengeluarkan Perintah @ Sijil Faraid, Mahkamah Syariah akan melakukan semakan terhadap permohonan yg dilakukan, dan sekurang-kurangnya satu perbicaraan akan dilaksanakan. Ini bertujuan untuk memastikan perkara-perkara negatif yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka dapat dicegah; antaranya penipuan atau penyembunyian waris yang berhak, penganiayaan hak waris, dan manipulasi sesama ahli waris. Setelah Mahkamah Syariah berpuas-hati dengan maklumat bertulis dan juga keterangan yg waris-waris berikan, barulah Mahkamah Syariah mengeluarkan Perintah @ Sijil Faraid yg di dalamnya tercatat butiran waris dan bahagian faraid mereka dari sudut Undang-undang Syariah & Hukum Faraid.

Justeru, pihak-pihak yang terlibat dengan permohonan Perintah @ Sijil Faraid hendaklah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan dengan teliti dan jujur, serta memenuhi keperluan setiap prosedur tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya penganiayaan terhadap waris-waris berhak disebabkan kecuaian, kejahilan dan ketidaktelusan semasa menguruskannya.

  1. Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah adalah:
  2. Notis Permohonan (Borang MS 3) Dan Afidavit
  3. Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemohon
  4. Salinan Sijil Kematian / Permit Penguburan /Perintah Anggapan Mati Si Mati
  5. Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan Waris-Waris
  6. Salinan Surat Perakuan Nikah / Ruju’ / Cerai
  7. Salinan Dokumen Berkaitan Harta / Jumlah harta / Nilai Harta.
  8. Langkah Seterusnya Setelah Mendapat Sijil Faraid Dan Surat Kuasa :

Setelah mendapat Surat Kuasa Dan juga Sijil Faraid, Pentadbir yg diberikan Kuasa oleh Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi Sivil perlulah memastikan bahawa kewajipan-kewajipan Si-Mati yg dituntut oleh Syarak ditunaikan terlebih dahulu. Pembayaran perbelanjaan Kos pengebumian jenazah, pelunasan hutang Si-Mati, penyempurnaan wasiat 1/3, pembahagian harta sepencarian, dan penyempurnaan hibah mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak disempurnakan mengikut bahagian-bahagian Faraid yg tertera di Sijil Faraid.

Pentadbir perlulah melakukan tanggungjawab tersebut dengan jujur dan amanah. Jika tidak, pentadbir boleh didakwa oleh waris2 berhak atas tuduhan pecah amanah.

Hubungi :
Hj Muhammad Iqbal Safwan
Perunding Harta Pusaka
0193505395
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...